Wednesday, February 27, 2013

K.E.C.E.W.A

KECEWA...


tiada lagi kata-kata yang dapat diungkapkan
tiada lagi tangisan untuk dititiskan
hanya kebisuan yang menyelubungi hati dan sanubari
hanya mampu bersujud kepadaMu Ilahi
mengharap secebis kekuatan agar masih bersisa
dalam mengharungi ujianMu Allah

kenapa kecewa? kenapa perlu menangis?
wajarkah aku kecewa? wajarkah aku menangis?
sedangkan aku tahu semua ini adalah ketentuan Ilahi
Allah tidak akan memberi apa yang kita kehendaki
tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu

namun aku hambaMu yang lemah
tangisan menjadi temanku setiap bulan
bukan aku menyalahkan takdir
tapi itulah cara aku untuk membina kekuatan diri
mengumpul semangat agar aku sentiasa tabah dan redha dengan ujianMu





Friday, February 8, 2013

31.1.13

31.1.13
cantikkan tarikh ni. malu lak nak cerita. [insert blushing sikit]. hehehe.

it is my birthday! what a lucky day. this year the date turn to be a very nice combination number. am i right? same goes to my last year birthday, i have a date with a doctor! hahaha. guess why? [alamak! tiba2 skeping lak. tukar in malay la. hehehe]. sebenarnya bukan sarah yang ada date dengan doktor tapi ummi. setiap hujung bulan sarah akan bawa ummi jumpa doktor pakar di HUSM sebab mata ummi tak dapat tengok sebelah. huhuhu.

back to my birthday story...
seperti tahun2 sudah, tak ada apa pun yang menarik. bagi sarah hari lahir sama je macam hari2 biasa yang lain. tapi tahun ni tersangat la special sebab birthday sarah tahun ni disambut bersama encik hubby yang tercinta. macam tahun lepas tak sambut sama2. tukar ayat sikit. tahun ni adalah tahun pertama sarah sambut birthday dengan perubahan status. mrs sarah. winkwink.

guess what. tahun ni hadiah birthday sarah adalah roadtax kereta!!! tak penah2 dibuat orang kan? itu la hadiah special dari encik hubby. hahaha. tapi seminggu sebelum tu sarah dapat hadiah birthday in advance.

tadaaaa...

bukan cincin tau. special earring from my hubby. setelah berkurung lamanya tak pakai subang. jenuh nak pakainya. sampai merah la telinga ni. tapi sebab hubby hadiahkan dan siap tolong pakaikan lagi, merah pun merah la. [insert smily face. senyum sampai telinga]. hehehe.

and...
remind me to my last year birthday present from him. very the big2 one. sarah sendiri pun tak percaya yang my hubby akan hadiahkan sarah 'cik putih'

ni la dia cik putih dengan plat yang tersangat special. [rasanya semua hadiah tersangat special kot]. hehehe. AHU1626. A for Aku. H for Hanya. U for Untukmu. 16; 1jun adalah tarikh kami nikah. 26; 2jun adalah tarikh kenduri kami. kratif sungguh my hubby ni. sarah pun tak terfikirkannya. terharu sangat2. tapi lepas ni kalau tak ingat tarikh2 penting ni tak tau nak cakap apa la. sengkes kepala. hehehe.

bagi sarah, apa pun pemberian dari seseorang, mahal atau murah, yang penting ikhlas. tu sudah membahagiakan. syukur pada Allah kerana meminjamkan seorang suami yang sangat2 istimewa. semoga kami bahagia hingga ke syurga. insyaAllah...

<3<3<3