Thursday, December 20, 2012

cuti!!!

yeehaaaa!!! cuti dah lulus dah [padahal dah seminggu dah lulus tapi sekarang ni baru nak kecoh].. hehehe.. seronoknya dapat balik kampung.. seronok2 juga, tapi.... dalam berseronok tu ada yang tak best.....

sebab sarah cuti tanpa gaji! ayooooo.. bulan ni gaji sarah tinggal separuh je you.. tapi tak apa.. yang penting cuti.. and....... kalau tak cukup duit, bank number two kan ada [he always said like that].. sape lagi kalau bukan my bucuk2 hubby.. hehehe.. 

esok dah start cuti.. hari ni dah tak senang duduk dah kat office ni.. terasa kurusiku ini panas je.. alahai, lambatnya pukul 5.. jam pun dah menyampah tengok muka sarah.. mana taknya, sarah asyik dok usha dia je.. hehehe...

ni la antara sebab sarah tak sabar nak balik kampung.. check this out!
...
...
...
mandi sungai!

sungai depan rumah je

dan anak2 sedara dah tunggu kat kampung.. asyik sms and call tanya bila pakcik dan makcik nak balik kampung ni.. sabar la sayang.. nanti kami sampai..

before tu balik kampung sarah dulu.. maklum la sekarang ni dah ada 2 kampung.. hehehe..

kampungku nan permai

tapi, nanti dah balik kampung susah la sarah nak mengupdate kamooo.. tak syok online guna phone.. so tunggu tahun depan je la ek baru sarah update kamooo.. kamoo tunggu tau! macam lama je bunyinya kan??? padahal dalam 10 hari je lagi tahun baru bakal memuculkan dirinya.. hehehe..

xoxo
[hahaha.. dah pandai dah berxoxo ni.. ni sebab teringatkan watak lisa dalam istanbul aku datang la ni.. berxoxo bagai.. sarah2.. cepat bebenor terpengaruh].. hehehe.. :)



Wednesday, December 19, 2012

sweet dreams

lately sarah asyik mimpi baby je.. hari isnin hari tu siap mimpi sarah ada 3 orang anak.. yang paling best i got twins!! they are so cute little boy and girl.. tapi...... sedang asyik dibuai mimpi, berkejaran dengan anak2 tiba2 mr hubby kejutkan sarah.. 'sayang.. bangun la dah pukul 530.. nanti lambat lak sampai office'.. time ni sarah kat KB..

alahai malasnya nak bangun.. kalau boleh nak tidur balik dan sambung mimpi indah tu.. tapi digagahkan juga sebab office sarah kt KT you! almost 3 hours driving tu..

buka je mata terus cite kat my hubby.. my hubby senyum je.. sedih lak time tu.. sarah tau my hubby nak sangat anak.. awal2 kawin hari tu my hubby dah cakap kalau boleh nak terus ada anak.. tapi nak buat macam mana kan.. bukan rezeki kami lagi.. kami redha..

how i wish my dreams come true!





Monday, December 17, 2012

kepanasan

kepanasan? nak tau kenapa??? semalam sarah & husband tercinta kepanasan dek sapu menyapu medicated deep heat lotion keluaran susuk dara.. fuhhhh.. memang teramat la panas.. panas dalaman bukan luaran.. [bahagian sapuan lotion sahaja, bukan satu badan].. kalau nak tau, kepanasannya leh terasa sampai lebih 12jam tau! jangan terkejut..

sarah sapu lotion tu bukan untuk tujuan kurus tau tapi sebab period pain dan lenguh2 pinggang.. memang berkesan! tapi leh juga guna untuk membakar lelemak..

ni la rupa lotion tu.. pic ni sarah ambil dari mr google.. yang sendiri punya lupa nak snap [tertinggal kat rumah my hubby]

so, nak dijadikan cite, my husband balik keje dan terbau haruman lotion ni.. hubby sarah excited nak pakai juga.. then sarah sapu la kat perut boyot my hubby tu.. hehehe.. mula2 tu suka la my hubby, 'wow.. bestnya sejuk'.. tapi lepas 5 minit, 'sayang, nape rasa menyucuk ni.. rasa gatal2'.. bagi yang banyak lemak memang tu la akan dirasai lepas sapu lotion ni.. then, kepanasan tu akan mula terasa..

lepas sesi sapu menyapu lotion ni.. my hubby leh lak lupa yang tangannya masih ada kesan lotion dan leh lak membelai pipiku ini.. apa lagi.. menjerit la sarah sebab panasnya sampai ke mata.. menangis nangis lagi.. cepat2 la my hubby basuhkan muka dan mata sarah.. then siap tolong tiup lagi bagi hilang sakit tu.. tak cukup dengan tu siap halakan kipas betul2 depan muka ni haa.. sangat2 la terserlah kecaringan suamiku time tu.. [sape tak sayang bini kan?].. hehehe.. lepas 1/2 jam alhamdulillah ok..

tapi......... lepas tu tiba2 my hubby diam.. sarah ingatkan dah tertido.. rupanya bibir my hubby terkena lotion tu.. patut la diam pun.. hahaha.. mana tak nya, asyik dok membelai perut dia tu, dan dengan tak sengaja tersapu lak kat bibir.. hehehe.. cian my hubby.. so now, my turn lak nak kena hilangkan kepanasan di bibir my hubby..

moral of the story, jangan main2 dengan ubat2 panas ni....


Friday, December 14, 2012

1 2 3 4

haaa... mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa entry kali ni 1 2 3 4.. baru nak belajar mengira ke sarah? hehehe.. tentu la tak..

fyi, tarikh hari ni adalah tersangat la cantik.. bukan 14.12.12 ya.. tapi 1.2.34 [1 Safar 1434H].. tarikh yang mengikut kelendar Islam ya kawan2.. tarikh yang tersangat la lawa dan jatuh pada hari jumaat lak tu.. penghulu segala hari.. subhanallah.. besarnya kekuasaan Allah.. segalanya telah diatur dengan sangat2 sempurna..

tapi mesti ramai yang tak sedarkan.. maklum la sekarang semua dok ikut kelendar omputih.. termasuk la diri sendiri..buat2 tak sedar diri lak kan.. hehehe...

so mari la kita ingat-mengingati sesama kita.. muhasabah diri di hari jumaat yang indah ni..



Thursday, December 13, 2012

B . O . L . A

tiap kali ada game je mesti my hubby ajak bet.. sape yang kalah kena belanje makan.. tak pun kena masak menu special.. hehehe.. seronok! seronok sebab dapat makan yang best2.. bila menang je minta la nak makan apa pun.. semua ditunaikan!

malam ni negaraku tercinta lawan thailand.. harimau malaya lawan gajah putih.. sape yang akan menang ni.. mendebarkan betol.. perlawanan sebelum ni seri lak tu.. aduyaiiii..

memandangkan kami berjauhan, terpaksa la tengok bola sorang2 tanpa mr hubby di sisi.. huhuhu.. tapi tak apa, nasib sarah baik sebab malam ni housemate sarah ada.. dia pun minat tengok bola gak.. how lucky im.. kalau tak, kompem2 boring tengok sorang2..

tapi sarah tak ada jersi harimau melaya.. jersi perak ada la.. bantai je la kan.. sama color apa.. hehehe..

here we are in jersi perak (^,^)

jersi dah ada.. ada ke??? hehehe.. so sama2 la kita nantikan perlawanan malam ni.. lets pray our harimau malaya ke final! gomo harimau malaya gomo!



K . A . M . I

when we are together.. macam2 keje gila kami buat.. he is so special for me.. dia la suami, dia la best friend dan dia la lawan [gaduh2 manja gitu.. hehehe...]


motif entry ni??? because i miss him badly! maklum la kami ni PJJ [perkahwinan jarak jauh].. bila hujung minggu je baru boleh jumpa.. maka ini la jadinya.. menanggung rindu.. tengok gambar pun jadi la.. sobsobsob...

kami


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

apa ada pada tarikh? bagi sesetengah orang tarikh2 yang cantik dicari2 untuk melakar sejarah yang akan diingat sampai bila2...

hari ni 12.12.12.. memang cantik tarik ni.. of cause la akan ada ramai orang yang pilih tarikh ni untuk menamatkan zaman bujang kan.. kan.. kan???

kalau tahun lepas 11.11.11.. fuhhhh! pening sarah nak pikir nak gi kenduri sape.. kenduri kawan2 saje dah dua tiga orang.. last2 kenduri cousin gak yang kena gi..

me??? of cause la sarah dah kawin.. hehehe.. tapi tak ada la nak pilih tarikh yang cantik2 ni.. kami cuma pilih penghulu segala hari untuk melakar sejarah hidup baru.. of cause la hari jumaat! tarikhnya xde la cantik pun..biasa2 aje.. 01.06.12 sarah sah menjadi isteri mohd zamri mohd ariffin dengan sekali lafaz.. alhamdulillah.. dan tarikh ni akan kami kenang sampai bila2..

im married!

ni la my encem hubby [puji suami sendiri.. hehehe..]


alamak! dah bersawang...

uish..punya la lama tak update blog..tiba2 hari ni time buka email dan tergatal tangan dan tertekan blog..dah bersawang rupanya..lets remove the spiderweb and start the new chapter! [bersemangat gitu..jangan hari ni je semangat dah la ek sarah]..so dengan rajin dan ringan tangan terus mengupdate..yang mana macam dah lapuk dan childish terus sarah delete..last2 tinggal 1 entry je!!! hehehe...

image dicuri dari mr google