Friday, July 29, 2011

sya'aban kian melabuhkan tirainya...

waktu berputar, masa berlalu. sedar tak sedar ramadhan semakin hampir menyingkap tabirnya. namun sempatkah kita bertemu dengan ramadhan tahun ini. walaupun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi, jika suratan takdir menentukan yang kita bakal dijemput sebelum tibanya ramadhan, tak siapa yang tahu. so, doa la supaya dipanjangkan umur untuk berkasih dengan ramadhan tahun ni.

dalam menghitung hari menanti kedatangan ramadhan, terimbau kenangan-kenangan time2 study dulu. walaupun jauh dari family tapi tetap best dengan kehadiran kawan-kawan. yang paling best dapat buka puasa awal skit dari korg2 yang kat semenanjung. ble dah jejakkan kaki ke semenanjung mula la resah gelisah sebab dah biasa berbuka awal. padahal tak ada la jauh beza sangat. acting je lebih. macam-macam. hehehe. yang paling tak bleh blah first day puasa dah pasang lagu raya. punya la sengal. hehehe.

anyway salam ramadhan al mubarak kepada semua umat Islam. selamat berpuasa. puasa tau, jangan tak puasa lak. hehehe. (^,^)