Thursday, March 21, 2013

baby's stuff

dari dulu lagi sarah sangat2 suka tengok barangan2 baby. semuanya comel2. dan tiap kali melalui gerai2 barangan baby pasti sarah berhenti dan usha2. walaupun tak dapat beli, dapat tengok pun jadi la.

past few weeks, masa jalan2 kat KB Mall, sarah berhenti la kat 1 gerai barangan baby. macam2 ada. baju yang kiut miut, hair band yang colorfull. tersangat la terpesona.

tiba tiba...

hubby: kenapa berhenti kat sini
me: saja tengok2, ingat nak beli kat anak kawan hubby
hubby: berapa banyak nak bagi nya???

berlalu sambil tersenyum. namun hati menangis tak siapa yang tahu.




Wednesday, February 27, 2013

K.E.C.E.W.A

KECEWA...


tiada lagi kata-kata yang dapat diungkapkan
tiada lagi tangisan untuk dititiskan
hanya kebisuan yang menyelubungi hati dan sanubari
hanya mampu bersujud kepadaMu Ilahi
mengharap secebis kekuatan agar masih bersisa
dalam mengharungi ujianMu Allah

kenapa kecewa? kenapa perlu menangis?
wajarkah aku kecewa? wajarkah aku menangis?
sedangkan aku tahu semua ini adalah ketentuan Ilahi
Allah tidak akan memberi apa yang kita kehendaki
tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu

namun aku hambaMu yang lemah
tangisan menjadi temanku setiap bulan
bukan aku menyalahkan takdir
tapi itulah cara aku untuk membina kekuatan diri
mengumpul semangat agar aku sentiasa tabah dan redha dengan ujianMu





Friday, February 8, 2013

31.1.13

31.1.13
cantikkan tarikh ni. malu lak nak cerita. [insert blushing sikit]. hehehe.

it is my birthday! what a lucky day. this year the date turn to be a very nice combination number. am i right? same goes to my last year birthday, i have a date with a doctor! hahaha. guess why? [alamak! tiba2 skeping lak. tukar in malay la. hehehe]. sebenarnya bukan sarah yang ada date dengan doktor tapi ummi. setiap hujung bulan sarah akan bawa ummi jumpa doktor pakar di HUSM sebab mata ummi tak dapat tengok sebelah. huhuhu.

back to my birthday story...
seperti tahun2 sudah, tak ada apa pun yang menarik. bagi sarah hari lahir sama je macam hari2 biasa yang lain. tapi tahun ni tersangat la special sebab birthday sarah tahun ni disambut bersama encik hubby yang tercinta. macam tahun lepas tak sambut sama2. tukar ayat sikit. tahun ni adalah tahun pertama sarah sambut birthday dengan perubahan status. mrs sarah. winkwink.

guess what. tahun ni hadiah birthday sarah adalah roadtax kereta!!! tak penah2 dibuat orang kan? itu la hadiah special dari encik hubby. hahaha. tapi seminggu sebelum tu sarah dapat hadiah birthday in advance.

tadaaaa...

bukan cincin tau. special earring from my hubby. setelah berkurung lamanya tak pakai subang. jenuh nak pakainya. sampai merah la telinga ni. tapi sebab hubby hadiahkan dan siap tolong pakaikan lagi, merah pun merah la. [insert smily face. senyum sampai telinga]. hehehe.

and...
remind me to my last year birthday present from him. very the big2 one. sarah sendiri pun tak percaya yang my hubby akan hadiahkan sarah 'cik putih'

ni la dia cik putih dengan plat yang tersangat special. [rasanya semua hadiah tersangat special kot]. hehehe. AHU1626. A for Aku. H for Hanya. U for Untukmu. 16; 1jun adalah tarikh kami nikah. 26; 2jun adalah tarikh kenduri kami. kratif sungguh my hubby ni. sarah pun tak terfikirkannya. terharu sangat2. tapi lepas ni kalau tak ingat tarikh2 penting ni tak tau nak cakap apa la. sengkes kepala. hehehe.

bagi sarah, apa pun pemberian dari seseorang, mahal atau murah, yang penting ikhlas. tu sudah membahagiakan. syukur pada Allah kerana meminjamkan seorang suami yang sangat2 istimewa. semoga kami bahagia hingga ke syurga. insyaAllah...

<3<3<3


Sunday, January 27, 2013

my touch

my touch. ouchhh. [macam sexy je bunyinya kan?] hehehe...

fyi, sarah suka melukis tau. tapi bila sarah free je la sarah akan menyonteng nyonteng ni. tu pun kalau ada mood. if not, tersadai je la lukisan sarah ni. 

3 lukisan ni  sarah lukis in December last year. masa tu memang boring sangat2 sebab my hubby asyik keluar operasi je. [polis la katakan]. tinggal la sarah kat rumah sorang2. maka terhasil la lukisan2 ni. walaupun tak cantik, tak lawa di mata you all, tapi sarah tetap nak show off gak. [syok sendiri betol!]. hahaha. tak kisah la syok sendiri atau apa pun, yang penting sarah enjoy painting.

check this out...


dah siap melukis, dinding rumah menjadi mangsa. [ala2 geleri lukisan gitu. hahaha. i like!]. tapi bukan sarah yang tampal tau tapi my hubby. he really enjoy tampal menampal ni. hehehe..

close up sikit...

abstract painting

2 lukisan digabung menjadi 1

nantikan karya sarah yang seterusnya. cehhh wah. macam la ada orang nak menantikannya. hehehe...


Friday, January 18, 2013

kawan baru

yehaaaaa... sarah dapat kawan baru!!! nak tau sape?
...
...
...
...
tadaaaa... ni la kawan baru sarah you all.

bukan sape2 pun. just a novel. actually novel ni dah lama hubby sarah belikan. bulan 12 tahun lepas lagi. sarah dah siap angkut novel ni balik kampung, usung ke hulu ke hilir. tapi baru sekarang sarah berkesempatan nak membelai dan menghayatinya. 

kalau nak suruh sarah komen pasal novel ni memang tak boleh la sebab sarah baca pun tak sampai separuh lagi. tapi kalau baca komen2 kat FB kelab peminat novel, ramai yang cakap novel ni best.

so, tataaa you all, sarah nak sambung borak dengan kawan baru ni. hehehe.


Wednesday, January 9, 2013

merindui imamku

imamku yang selalu dirindui.. terasa begitu sepi bila meniti hari2 tanpamu di sisi.. tapi, ku harus kuatkan diri, tabahkan hati menempuhi ujian dariNYa..

solatku terasa amat canggung tanpamu mengimaminya.. ku harap dirimu jua merasakan apa yang ku rasa.. hari2 yang mendatang ku hitung dengan penuh kesabaran.. berharap cepatnya datang hujung minggu, agarku dapat mendirikan solat bersamamu..

cehhhh.. terjiwang lak.. hehehe.. namun, hakikatnya itu la yang sarah rasa sekarang ni.. sebak la pula.. huhuhu.. sobsobsob..

gambar ni my hubby yang bersemangat nak snap.. sementara menunggu azan isyak last weekend.. sambil kami berangan angan agar kami berkesempatan menjejakkan kaki di tanah suci Mekah.. insyaAllah...

if you want me to be your chef, so can you be my imam?

thank you so much my dear, for being my imam.. dan sarah akan cuba untuk menjadi masterchef yang terhebat.. hehehe..

i miss you so much, imamku...


Monday, January 7, 2013

terukir di bintang

sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu
...
...
...
masih terngiang ngiang bait2 lagu terukir di bintang nyanyian aizat di AJL 27 semalam.. memang sempoi dan santai sekali persembahan aizat.. terjatuh cinta dengan persembahan tersebut..

namun persembahan lagu teman pengganti nyanyian black pun tak kurang hebatnya.. kalau tak, tak kan boleh menang persembahan terbaik kan??? siap berpusing pusing lagi.. kalau sarah dah kompem pening lalat dah kat situ.. hehehe..

bagi sarah, AJL semalam best.. siap ada HD bagai.. good job! dan keputusan pemenang2 nya memang memuaskan hati ini.. tak de la rasa nak bangkang2 bagai.. hehehe..


Thursday, January 3, 2013

tahun melawat perak

first of all sarah nak wish happy new year!!! even hari ni dah hari ke 3 kita semua di tahun baru, tapi belom terlambat kan? hehehe...

ok la, back to the point, tahun lepas sarah & hubby balik perak.. so tak perlu nak cite panjang2, sarah hidangkan gambar2 je la ek..

@banjaran titiwangsa.. rehat jap! pergi dan balik kami singgah kat sini semata mata nak beli pau.. hehehe.. dan sempat lagi berposing bagai.. time pergi je la..time balik dah tak boleh nak bergambar.. hujan..


pusing2 kat taiping.. bawa anak2 sedara dan adik ipar gi zoo taiping.. dan sempat juga ke muzium tapi tak best sebab muzium sedang diubahsuai.. baru pusing sikit dah habis dah..

then kami ke sitiawan rumah uncle sarah.. kami jalan2 kat lumut dan terus ke pangkor.. bagi sarah pangkor biasa je.. dalam masa tak sampai 2jam kami dah habis pusing 1 pulau dah.. jalan dia memang mendebarkan! kalah jalan nak ke cameron highland.. berputar berpusing bagai.. kecut perut.. sebut pasal perut, dah penat berjalan tawaf pulau, kami singgah la makan kat teluk nipah.. huhhhh.. tobat next time tak nak makan dah kat situ.. ada ke patut jual makanan dah nak basi.. tak sedap langsung! macam tak ikhlas je nak berniaga.. kami makan 1 sudu terus tinggal.. then kami cari la tempat makan lain.. makan kat jeti lak.. makanan dia so so je.. kalau tau susah nak dapat makanan sedap, dah lama dah sarah bawa bekal.. huhuhu.. tapi pantai kat teluk nipah cantik!! dan ramai la mat 'soleh' berjemuran di situ.. hehehe..

dah balik kampung, sempat juga la kami menghadirkan diri ke kenduri kendara sepupu sepapat.. dan yang paling penting, everyday kami mandi sungai!!! makan durian dan rambutan.. fresh dari pokok tau you all.. heaven!!!


tapi sayang.. kami plan nak ke penang tapi tak sempat.. masa tak mengizinkan plus my hubby kurang sihat.. next time la kami melawat penang.. hope so.. (^,^)